Era Najib Tun Razak Hubungan Indonesia–Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan lawatan rasmi ke Indonesia pada 23 April 2009. Kerjasama ekonomi akan dipertingkatkan setelah berunding dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono. Syarikat penerbangan MAS, AirAsia dan Firefly akan mengenal pasti kawasan perdaratan terbaru. Petronas dipelawa melakukan cari gali gas asli di Pulau Natuna, di tengah Laut China Selatan. Pekilang Malaysia akan membuka banyak kilang memproses minyak kelapa sawit di Indonesia. 90% minyak kelapa sawit dunia dieksport dari Malaysia dan Indonesia. Perancangan strategik dilakukan bagi menentukan paras stok minyak sawit, peningkatan R&D dan program tanaman semula. Malaysia akan membeli beras dan jagung kerana Indonesia mempunyai lebihan pengeluaran. Tentera Malaysia dan Indonesia akan lebih mengawal kawasan perairan terutama Selat Melaka bagi mengelak aktiviti lanun seperti di Somalia.[7]

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Indonesia–Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malindokini.wordpress.com/2008/07/09/malays... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/12/ri-ready-... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/13/msian-emb... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/7/8/ri-kl-agre... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/8/25/indonesia...